Seorang bapa dan anaknya pergi memancing di sebuah port memancing yang agak terkenal, Sg. Slim, Perak.
Semasa Memancing*
Anak : Pak, kenapa kita pancing ikan kat sini. Bukan ke tempat ni dinamakan Sg. Slim? Tentu ikan kat sini slim-slim belaka….
Bapa : Eh, mana ada. Ikan kat sini gemuk-gemuk belaka sebab isi perut sungai ni yang diratahnya habis-habisan. Sebab tu sungai yang slim, ikan-ikan maintain gemuk.
Anak : Ooh.. Tapi kenapa bapak letak sign “Ikan untuk Dibela” kat sini?
Bapa : Sebab Ikan kat sini educated. Kalau letak sign “Ikan untuk Dimakan” kat sini mesti semua lari. Ikan-ikan suka dibela sebenarnya sebab dapat makan free kalau dibela dan dipelihara, bebas risiko mati tercekik lagi – hidupan kat laut seperti udang dan siput kan boleh tercekik dibuatnya.
Anak : Ooohh.. Tapi kenapa kita kena guna umpan katak hidup?
Bapak : Nak jimat ler. Kalau katak hidup nampak ikan tu nak sambar dia, mesti katak tu melompat kat dalam bakul yang bapak letak kat depan tu. Otomatik, ikan-ikan tu akan ikut katak tu masuk bakul dengan sendirinya. Jimat kan kalau guna satu umpan tapi dapat banyak ikan.
Selepas Memancing*
Anak : Wah, betul la bapak. Ikan kat sini besar-besar belaka. Ni hah ikan yang paling besar kita tangkap.
Bapa : Ha’ah la nak. Masak gulai pun sedap jugak ni. Tapi ikan ni kalau sekali masak tak habis ni.. rasa sayang la pulak.
Anak : Kalau macam tu kita pinjam ikan ni saja lah.
Bapa : Hah? Pinjam ikan ni? Nak pinjam macam mana? Tak paham bapak…
Anak : Kita pinjam sup ikan ni sajalah. Kita REBUS, lepas dapat sup dia, kita lepaskan lah ikan ni balik kat sungai.
Bapa : Pinjam Sup??????????
No comments:
Post a Comment